Thursday, 21 November 2013

Secebis Luahan Kata

Sekian lama aku tidak menulis sebarang kata dalam satu-satunya blog yang ku miliki ini.
ya, ak hilang arah entah ke mana selama ini, tidak tahu mana pangkal malah hujungnya. aku terlalu leka dengan duniawi hingga tidak mahu malah mengabaikan terus, apa yang akan berlaku akan datang?

 ya, aku memang terlalu berahsia dalam segala hal, entah kenapa, aku tidak suka menceritakan apa sahaja tentang diriku kepada sesiapa, malah aku terasa agak rimas dengan keadaan begitu, sudah kebiasaan agaknya, biarlah....

tiada apa hendak diceritakan, hanya kata - kata kosong di angin lalu merentas di setiap rongga telinga lalu padam di segenap ingatan, tidak ku menyimpan segala macam emosi dan perasaan malah kenangan lampau ku biarkan berlalu dibawa bersama bayu yang tiada penghujungnya, ayat lunak kubiarkan bertaburan diluah dari hujung jari jemariku yang kini menari pantas tanpa memikirkan apa perlu ku coretkan....

kosong, dalam erti kata lain tiada, simbolik kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat dari mata kasar malah tidak trjangkau dari akal normal. Dari kosong ini jugalah wujudnya nilai, objek, isi, bait dan juga bermula "kegilaan" dari "kewarasan". Lawan kepada keberadaan, dengan erti kata lain "ada".

bermulanya persoalan dari jawapan, seolah terperangkap di dalam gelung yang tiada penghujungnya, tiada titik noktahnya....

No comments:

Post a Comment